Jumat, 31 Januari 2014
Kursi kursi unik dan aneh Part II
========Under construction==============

Kamis, 30 Januari 2014
Protokol Keselamatan Raja Abdullah Paling Terkawal

JIKA anda rasa konvoi orang-orang kenamaan atau VVIP di Malaysia yang meliputi beberapa kereta dan motosikal polis sudah cukup besar, anda silap.
Konvoi yang anda biasa lihat sebenarnya jauh lebih kecil daripada konvoi di negara Arab Saudi.
Dalam rakaman video ini, anda bakal menyaksikan konvoi kenderaan pengiring yang sangat banyak di jalan raya bagi mengiringi Raja Abdullah ke destinasi yang kami tidak ketahui.
Perjalanannya juga turut dipantau oleh pasukan keselamatan yang berkawal di tepi jalan.
Pendek kata, protokol keselamatan Raja Abdullah merupakan protokol paling terkawal dan terbesar di dunia.
Kalau ia berlaku di negara kita, entah berapa lama masa yang diambil untuk kita memberi laluan kepada konvoi ini.
Oleh: ELZA

Rabu, 01 Januari 2014
Belum Jumpa Betul Betul Serasi

Pelakon Julia Ziegler menyatakan dia masih belum bertemu dengan lelaki yang benar-benar serasi dengannya.
Julia yang berdarah kacukan Melayu-Amerika ini juga mengatakan setakat ini dia ada berkawan dengan beberapa lelaki selepas putus cinta tiga tahun lalu.
Pelakon berusia 29 tahun ini juga mendedahkan hubungannya sebelum ini putus berpunca daripada kesibukan kerja kedua-dua belah pihak.
Sebagai anak perempuan, persoalan mengenai jodoh tentunya tidak dapat lari daripada ditanya oleh ahli keluarga.
“Ada kala perkara itu memberi tekanan kepada saya. Siapa yang tak mahu berkahwin tetapi jika belum bertemu dengan lelaki yang sesuai, macam mana?” katanya menerusi Harian Metro, hari ini.
Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonannya, Psiko: Pencuri Hati arahan Namron bakal memasuki pawagam pada 5 September ini.
Oleh: AUDREY LEE

Aktiviti Pelancongan Semporna Tak Terjejas

SEMPORNA – Aktiviti pelancongan di sekitar Semporna tidak terjejas walaupun terdapat satu insiden pembunuhan dan penculikan terhadap pelancong warga Taiwan di Pulau Pom Pom dekat sini Jumaat lepas.
Tinjauan Bernama di sekitar Semporna hari ini terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pulau Sipadan menyaksikan masih ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang masih datang.
Pemilik sebuah resort di Pulau Sipadan, Sim Kim Yaw, 60, berkata insiden yang berlaku dua hari lepas itu tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pusat peranginannya serta yang lain.
“Masih banyak pelancong datang ke sini dan tiada sebarang perubahan seperti kekurangan pelancong. Sebelum kejadian itu, setiap hari saya menerima lebih daripada 30 orang pelangan dan sekarang pun saya masih menerima pelangan seramai itu.
“Sebelum kejadian, saya juga menerima banyak tempahan dan tiada satu pun pelancong yang membatalkan tempahan walaupuan ada insiden seperti itu,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.
Seorang pekerja bot, Ryan Sanati berkata suasana di jeti tempatnya bekerja adalah seperti biasa kerana beliau dan rakan-rakannya masih menerima banyak kerja seperti mengangkat barang-barang pelancong ke bot.
“Kes yang berlaku di Pulau Pom Pom tidak memberi kesan buruk kepada kami kerana kami sentiasa menerima kerja dari pelancong yang datang ke sini dan saya rasa kejadian itu tidak akan menghalang para pelancong untuk datang ke sini,” katanya.
Seorang pemandu bot Sukarno Mandagan juga berkata kes yang berlaku di Pulau Pom Pom tidak mendatangkan masalah kepada para pengusaha bot di situ.
“Masih banyak lagi pelancong yang menaiki bot kami untuk ke pulau yang ingin mereka pergi seperti Pulau Bum Bum, Pulau Mabul, dan Pulau Sipadan dan ini menunjukkan kes yang berlaku itu tidak memberi kesan kepada kerja seharian dan aktiviti pelancongan di sini,” katanya.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi Jumaat lepas itu, seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak dan seorang wanita dipercayai isterinya dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom. – BERNAMA

Langganan:
Postingan (Atom)