Senin, 03 Februari 2014

Rumah Eminem Hangus Dijilat Api


RUMAH tempat penyanyi rap terkenal Eminem dibesarkan dilaporkan hangus selepas ia terbakar pada kejadian pada Khamis lalu.

Menurut laporan Detroit News, api mula menyala pada bahagian bumbung rumah sebelum ia merebak ke beberapa kawasan lain sebelum ia disedari oleh jiran berdekatan.

Bagaimanapun pihak berkuasa masih belum dapat memastikan punca kebakaran tersebut.

Menurut maklumat awam, rumah berkenaan adalah milik ibu kepada Eminem iaitu Deborah Mathers sejak tahun 1980.

Bagiamanapun, status pemilikan itu berubah dan rumah berkenaan sedang dilelong untuk dijual. – mStar Online
Read More..

Minggu, 02 Februari 2014

Jawatan Jururawat Untuk Graduan IPTS


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan mengadakan proses temuduga pada bulan depan bagi mengisi 2,750 kekosongan jawatan Jururawat Gred U29.

Pengerusi SPA, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kekosongan jawatan itu adalah terbuka untuk calon bukan di bawah tajaan Kementerian Kesihatan.

Justeru, mereka yang mempunyai Diploma dalam bidang Sains Kejururawatan daripada Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) diseru supaya merebut peluang tersebut.

“Mereka boleh merebut peluang kerjaya ini dengan mendaftarkan permohonan menggunakan borang online (SPA8i) melalui laman web S.P.A di www.spa.gov.my.

“Tarikh tutup permohonan adalah sebelum atau pada 13 Oktober 2013 (Ahad) pukul 11.59 malam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Mahmood berkata, bagi permohonan yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menghadiri sesi temu duga yang akan dilaksanakan oleh SPA.

Menurutnya, surat tawaran lantikan akan dikeluarkan oleh SPA dan surat penempatan akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan kepada calon yang berjaya.

Tambah beliau, calon-calon yang berjaya dalam temu duga akan ditempatkan di hospital atau klinik kerajaan di bawah Kementerian Kesihatan.

Malah, katanya, Jururawat Gred U29 berpeluang dinaikkan pangkat ke Gred U32 dan seterusnya ke gred U36, U42, U44, U48, U52 dan U54 tertakluk kepada dalam Skim Perkhidmatan Jururawat.
Read More..

Sabtu, 01 Februari 2014

UJIAN PERSONALITI ANDA

UJIAN PERSONALITI
ambil sedikit masa untuk jawap soalan ini sebab ia benar-benar melambangkan siapa anda sebenarnya2..

Ambil sehelai kertas dan cuba jawap soalan ini dengan spontan..analisis nye selepas ini

Situasi:
Anda berada di dalam hutan
(1) nyatakan dengan siapa anda berjalan?

sedang anda berjalan tiba-tiba terserempak seekor haiwan
(2) nyatakan apakah haiwan itu

(3) tindakan anda terhadap haiwan itu
(biarkan dan pandang je/lari dari haiwan itu/ dapatkan haiwan itu)

anda teruskan perjalanan..tiba-tiba ternampak segugus kunci
(4) nyatakan bilangan kunci itu
(dari 1-10 anak kunci)

anda teruskan perjalanan, tiba2 anda ternampak sebuah rumah di tengah hutan.

pada fikiran anda..
(5) adakah rumah itu berpagar?

(6) pintu rumah tu terbuka atau tertutup?

anda pun masuk ke rumah itu. pergi ke ruang tamu dan ternampak meja.
(7) apakah bentuk meja itu?
(Bulat/ Oval / Segiempat / Segitiga)

atas meja ada pasu...
(8) Berapa banyak air dalam pasu itu?
(Penuh / Setengah / Kosong)

(9) Pasu itu diperbuat daripada apa?
[(Kaca / seramik / tanah liat) (logam / plastik / kayu)]


Anda teruskan perjalanan ke belakang rumah. anda melihat sebuah air terjun dari jauh.
(10) Berapakah laju air itu?
(1-10 : 1-perlahan 10-paling laju)

anda terus berjalan dan ternampak sebuah taman. tiba-tiba anda ternampak sebuah kotak peti.
(11) Apa ukuran kotak itu?
(kecil / sederhana / besar)

(12) kotak itu diperbuat daripada?
(cupboard/ kertas / kayu / logam)

tak jauh dari taman anda ternampak sebuah jambatan.
(13) jambatan diperbuat daripada apa?
(logam / kayu / rotan)

Di seberang jambatan, ada seekor kuda.
(14) Apakah warna kuda itu?
(putih / kelabu / coklat / hitam)

(15) Apa yang kuda lakukan?
(diam dan tenang / menggigit rumput / berlari)

(16)
TIBA-TIBA...tanpa disangka ribut tornado datang.... tak jauh
daripada kuda. Anda mempunyai 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan terus pergi?


Berikut adalah tafsiran:
(1) dengan siapa anda berjalan merupakan orang yang paling dekat dan rapat di hati anda.

(2) haiwan yang anda jumpa simbolik kepada masalah yg anda hadapi. saiz haiwan yang besar menunjukkan anda menganggap sesuatu masalah itu besar

(3) tindakan anda kepada haiwan merupakan tindakan anda kepada masalah yang anda hadapi. kalau anda lari dari haiwan maksudnya anda memang suka lari dari masalah

(4) kunci
1 - Ente punya satu teman baik dalam hidup anda
2-5 - anda mempunyai beberapa teman baik dalam hidup anda
6-10 - anda punya banyak teman baik

(5) rumah
berpagar : close-minded
tidak berpagar : open minded

(6) pintu
terbuka : senang berkongsi dan bercerita masalah atau diri kepada orang lain
tertutup : tak suka bercerita dan rela memendam nye

(7) Meja
Bulat / oval - teman yang datang, anda akan menerima dan mempercayai mereka sepenuhnya
Persegi - anda sedikit lebih cerewet tentang kawan-kawan dan hanya boleh geng dengan orang yang anda fikir sama frekuensi sahaja
Segitiga - Ente benar-benar sangat sangat pilih-pilih teman-teman dan tidak ada banyak kawan dalam hidup anda

(8) Pasu
Kosong - cita-cita dan keinginan hidup anda tidak terpenuhi
Setengah penuh - apa yang anda inginkan dalam hidup anda adalah setengah dah

tercapai
Penuh - hidup anda benar-benar terpenuhi dan baik untuk Ente!

(9) kaca / tanah liat / seramik - Ente lemah dalam hidup anda dan cenderung menjadi rapuh
logam / plastik / kayu - and kuat dalam hidup anda

(10) air terjun
0 - tidak ada dorongan seksual sama sekali
1-4 - ghairah seks rendah
5 - ghairah seks sederhana
6-9 - ghairah seks tinggi
10 - ghairah seks sangat tinggi ...

(11) Saiz kotak:
kecil - ego rendah
menengah - ego sederhana
besar - ego tinggi

(12) material peti:
cupboard/ kertas / kayu (non-bersinar) - rendah hati
kepribadian
logam - bangga diri

(13) Adapun material jambatan:
jambatan logam - punya ikatan yang sangat kuat dengan teman-teman anda
jambatan kayu - hubungan sederhana dengan rakan-rakan anda
rotan - anda tidak berada dalam hubungan baik dengan teman-teman

(14) Warna kuda:
putih - pasangan anda adalah murni dan baik dalam hati anda.
kelabu / coklat - pasangan anda sederhana di hati.
hitam - pasangan anda sepertinya tidak begitu baik di hati dan tampaknya menjadi pertanda buruk.

(15) tindakan kuda:
diam dan tenang / menggigit rumput - pasanganmu adalah sangat sederhana dan rendah hati.
berlari-lari - pasangan anda adalah liar dan agak sukar dikawal

(16) Ini yang terakhir tapi yang paling penting bagian dari ujian ini.
Dari bagaimana saya menamatkan cerita ... pendekatan tornado ...
Apa yang akan Ente lakukan? Hanya ada 3 pilihan:
(i) lari dan bersembunyi di dalam peti?
(ii) lari dan bersembunyi di bawah jambatan?
(iii) lari ke kuda, naik dan pergi?

Apa yang akan anda pilih?
Sekarang, di atas ini ditandai dengan hal-hal ini:
Tornado - masalah dalam hidup anda
peti - anda
Jambatan - kawan-kawan anda
Kuda - pasangan

(i) Jadi, jika anda memilih kotak, anda bergantung kepada diri sendiri setiap kali anda menghadapi masalah.
(ii) atau jika anda memilih jambatan, anda akan pergi ke kawan-kawan setiap kali anda menghadapi masalah.
(iii) atau yang terakhir jika Ente memilih kuda, anda mencari pasangan anda setiap kali anda menghadapi masalah.

Adakah ia benar-benar melambangkan diri anda? fikir-fikirkan...
Read More..

Jumat, 31 Januari 2014

Kursi kursi unik dan aneh Part II

========Under construction==============
Read More..

Kamis, 30 Januari 2014

Protokol Keselamatan Raja Abdullah Paling Terkawal


JIKA anda rasa konvoi orang-orang kenamaan atau VVIP di Malaysia yang meliputi beberapa kereta dan motosikal polis sudah cukup besar, anda silap.

Konvoi yang anda biasa lihat sebenarnya jauh lebih kecil daripada konvoi di negara Arab Saudi.

Dalam rakaman video ini, anda bakal menyaksikan konvoi kenderaan pengiring yang sangat banyak di jalan raya bagi mengiringi Raja Abdullah ke destinasi yang kami tidak ketahui.

Perjalanannya juga turut dipantau oleh pasukan keselamatan yang berkawal di tepi jalan.

Pendek kata, protokol keselamatan Raja Abdullah merupakan protokol paling terkawal dan terbesar di dunia.

Kalau ia berlaku di negara kita, entah berapa lama masa yang diambil untuk kita memberi laluan kepada konvoi ini.




Oleh: ELZA
Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Belum Jumpa Betul Betul Serasi


Pelakon Julia Ziegler menyatakan dia masih belum bertemu dengan lelaki yang benar-benar serasi dengannya.

Julia yang berdarah kacukan Melayu-Amerika ini juga mengatakan setakat ini dia ada berkawan dengan beberapa lelaki selepas putus cinta tiga tahun lalu.

Pelakon berusia 29 tahun ini juga mendedahkan hubungannya sebelum ini putus berpunca daripada kesibukan kerja kedua-dua belah pihak.

Sebagai anak perempuan, persoalan mengenai jodoh tentunya tidak dapat lari daripada ditanya oleh ahli keluarga.

“Ada kala perkara itu memberi tekanan kepada saya. Siapa yang tak mahu berkahwin tetapi jika belum bertemu dengan lelaki yang sesuai, macam mana?” katanya menerusi Harian Metro, hari ini.

Dalam perkembangan lain, filem terbaru lakonannya, Psiko: Pencuri Hati arahan Namron bakal memasuki pawagam pada 5 September ini.

Oleh: AUDREY LEE
Read More..

Aktiviti Pelancongan Semporna Tak Terjejas


SEMPORNA – Aktiviti pelancongan di sekitar Semporna tidak terjejas walaupun terdapat satu insiden pembunuhan dan penculikan terhadap pelancong warga Taiwan di Pulau Pom Pom dekat sini Jumaat lepas.

Tinjauan Bernama di sekitar Semporna hari ini terutamanya di kawasan yang menjadi tumpuan pelancong seperti Pulau Sipadan menyaksikan masih ramai pelancong dari dalam dan luar negara yang masih datang.

Pemilik sebuah resort di Pulau Sipadan, Sim Kim Yaw, 60, berkata insiden yang berlaku dua hari lepas itu tidak memberi sebarang kesan negatif kepada pusat peranginannya serta yang lain.

“Masih banyak pelancong datang ke sini dan tiada sebarang perubahan seperti kekurangan pelancong. Sebelum kejadian itu, setiap hari saya menerima lebih daripada 30 orang pelangan dan sekarang pun saya masih menerima pelangan seramai itu.

“Sebelum kejadian, saya juga menerima banyak tempahan dan tiada satu pun pelancong yang membatalkan tempahan walaupuan ada insiden seperti itu,” katanya kepada Bernama di pejabatnya di sini hari ini.

Seorang pekerja bot, Ryan Sanati berkata suasana di jeti tempatnya bekerja adalah seperti biasa kerana beliau dan rakan-rakannya masih menerima banyak kerja seperti mengangkat barang-barang pelancong ke bot.

“Kes yang berlaku di Pulau Pom Pom tidak memberi kesan buruk kepada kami kerana kami sentiasa menerima kerja dari pelancong yang datang ke sini dan saya rasa kejadian itu tidak akan menghalang para pelancong untuk datang ke sini,” katanya.

Seorang pemandu bot Sukarno Mandagan juga berkata kes yang berlaku di Pulau Pom Pom tidak mendatangkan masalah kepada para pengusaha bot di situ.

“Masih banyak lagi pelancong yang menaiki bot kami untuk ke pulau yang ingin mereka pergi seperti Pulau Bum Bum, Pulau Mabul, dan Pulau Sipadan dan ini menunjukkan kes yang berlaku itu tidak memberi kesan kepada kerja seharian dan aktiviti pelancongan di sini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 1 pagi Jumaat lepas itu, seorang pelancong warga Taiwan ditemui mati ditembak dan seorang wanita dipercayai isterinya dikhuatiri diculik sekumpulan lelaki tidak dikenali dalam kejadian di Pulau Pom-Pom. – BERNAMA
Read More..