Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kata. Tampilkan semua postingan

Kamis, 13 Maret 2014

DAP sokong Anwar kekal sebagai ketua pembangkang kata Kit Siang

TERKINI @ 06:09:15 PM 06-05-2013
Oleh Md Izwan

May 06, 2013
Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. - Gambar failKUALA LUMPUR, 6 Mei — DAP mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen selepas berakhir pilihan raya ke-13 semalam yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi berjaya memerintah kerajaan persekutuan.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata cadangan itu dibuat bagi mengulangi pendirian mereka sebelum ini yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri Malaysia jika menang pilihan raya.
“Sebelum ini, Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk melantik beliau sebagai perdana menteri jika memenangi pilihan raya umum.
“Tapi perkara tersebut tidak berlaku, oleh sedemikian keputusan mencadangkan Anwar sebagai ketua pembangkang adalah sama seperti komitmen yang lalu,” kata Lim.
Namun, Anwar sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk bersara selepas pilihan raya kali ini tetapi Lim menegaskan ia bukan satu masalah selagi ketua umum PKR tersebut masih belum membuat keputusan rasmi.
“Mengenai Anwar akan bersara itu, kami akan bincangkan.

“Mungkin anda perlu tanya sendiri kepada Anwar,” tambah Lim lagi.
Lim juga berkata, keputusan dalam beberapa pilihan raya boleh dicabar dan mendakwa berlaku penipuan pada pilihan raya yang diadakan semalam.

“Pakatan Rakyat akan tumpukan di kawasan ini di mana penipuan berlaku dan akan mengambil langkah yang perlu untuk menegakkan ketelusan proses pilihan raya,” kata Lim yang baru memenangi kerusi parlimen Gelang Patah.

Sementara itu, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke menyatakan kerusi parti tersebut yang gagal dipertahankan seperti Bentong, Cameron Highlands dan Labis hanya dibezakan kurang daripada 400 majoriti undi.
“Banyak kerusi ini tidak menyediakan Borang 14,” kata Loke semasa sidang media sama, merujuk kepada borang yang perlu disediakan di setiap saluran mengundi kepada agen-agen pengiraan untuk merekodkan jumlah pengundi.

Awal hari ini, Anwar berkata akan mendapatkan sokongan orang ramai untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN yang baru dipilih, serta menambah pilihan raya kali ini adalah “penipuan yang paling teruk dalam sejarah” bagi mengekalkan penguasaan kerajaan tersebut di pusat.

Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 juga berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.
BN memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti yang lebih kecil, kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada PR, selain gagal merampas Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.

BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PR pula memenangi 89 kerusi, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri daripada 197 pada 2008 kepada 230 selepas berakhir pilihan raya semalam.

Lim juga berkata hari ini PR berjaya memenangi undi popular.
“Ia adalah tsunami rakyat Malaysia dan bukan tsunami kaum Cina,” kata Lim, menolak kenyataan semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan pilihan raya kali ini dengan perpindahan undi masyarakat Cina kepada BN.

“Di kebanyakkan bahagian dalam negara, Pakatan memenangi kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat BN dan menurunkan banyak calon gergasi BN di kawasan majoriti Melayu,” katanya dengan merujuk kepada kerusi-kerusi seperti di Parlimen Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut dan Sepang.

BN tewas teruk di kebanyakkan kawasan bandar-bandar utama dari George Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar-bandar besar di Johor, dimana ia bukti golongan kelas pertengahan dan bandar merupakan kumpulan yang prihatin dengan isu-isu seperti rasuah, kos saran hidup naik dan jenayah.

Ketua publisiti DAP, Tony Pua yang turut hadir pada sidang media sama menegaskan pencapaian PR di Selangor khususnya kawasan separuh bandar telah dimenangi tinjauan “peningkatan yang kuat dikalangan masyarakat Melayu”.
Read More..

Senin, 03 Maret 2014

SPR kata tidak akan sekat tempoh berkempen Baguih la kalau betul

Wartawan Sinar Harian
27 Oktober 2012
Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
SHAH ALAM - Setiap calon dan parti yang bertanding diingatkan agar menggunakan sebaik mungkin tempoh masa berkempen yang ditetapkan untuk mengelak sebarang rasa tidak puas hati peraturan yang akan dikuatkuasakan dengan ketat kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, tiada alasan untuk mana-mana parti untuk terus berkempen selepas jam 12 malam hari terakhir tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak termasuk menggunakan media sosial.

"Perkara ini sudah lama dikuatkuasakan, dan jika semua parti politik dan calon yang bertanding faham akan undang-undang, isu ini tidak akan timbul," kata beliau.

"Larangan untuk tidak berkempen seperti ceramah dan sebagainya termasuklah juga berkempen melalui media sosial," kata Abdul Aziz kepada Sinar Harian Online.

Malah, beliau turut menangkis dakwaan sesetengah pihak menuduh SPR sebagai badan yang menyekat hak kebebasan bersuara para pengundi dan juga calon yang bakal bertanding pada PRU-13.

"Sebenarnya SPR tidak menyekat mereka ini untuk berkempen, kami hanya menguatkuasakan undang-undang yang telah menetapkan bahawa tiada sebarang kempen atau wujudnya peraih undi ketika proses pembuangan undi dijalankan," katanya.

Beliu turut menyelar beberapa parti politik yang masih berdegil untuk mengikut undang - undang yang telah ditetapkan.

"Pernah berlaku sebelum ini, masih ada lagi peraih undi ketika di pusat pembuangan undi... kenapa perlu lakukan sedemikan?

"Biarlah para pengundi menentukanya dan biarlah mereka mengundi dengan tenang tanpa ada sebarang kekacauan mahupun ganguan," katanya lagi.

"Tidak akan timbul sebarang masalah jika semua parti politik mematuhi peraturan yang ditetapkan," tambah Abdul Aziz.

Katanya lagi, parti politik sepatutnya tidak menunggu saat - saat akhir untuk berkempen, malah tempoh yang digunakan sepatutnya dimanfaat sebaik mungkin.

"Tempoh yang diberikan, mereka bebas untuk berkempen... tidak kira melalui media sosial, melalui lapangan iaitu berceramah dan datang dari rumah ke rumah... kenapa nak juga gunakan masa selepas 12 tengah malam untuk berkempen?" kata Abdul Aziz lagi.

"Tetapi untuk berceramah, mereka seharusnya mendapatkan kelulusan daripada Ketua Polis Daerah masing- masing bagi mengelakkan pertembungan dengan parti lain," katanya lagi.

Menurut beliau, SPR akan berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua parti politik yang bertanding serta mahu memuaskan hati mereka supaya mereka tidak dianggap berat sebelah.

"Kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik, fair to all pada hari pembuangan undi nanti," ujar beliau.

Menjawab soalan tentang kaedah memantau media sosial yang bakal diperkenalkan, Abdul Aziz berkata, "Kiita akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam masa yang terdekat."
Read More..

Kamis, 06 Februari 2014

Politik dendam BN hancurkan aspirasi transformasi kata Guan Eng

Oleh Mohd Farhan Darwis
June 26, 2013
Fokus terhadap musuh politik dan kurangnya perhatian diberikan terhadap pembangunan ekonomi akan menghancurkan aspirasi menuju negara berpendapatan tinggi, kata Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng (gambar).

Lim menegaskan Barisan Nasional (BN) hanya memberikan tumpuan kepada negeri-negeri tertentu yang berada di bawah penguasaan mereka dan meminirka negeri di bawah Pakatan Rakyat (PR) yang mana akan mengakibatkan ekonomi negara semakin buruk.

"Sikap dangkal ini dapat dilihat melalui keengganan BN untuk memanfaatkan klauster sedia ada di Pulau Pinang yang bertaraf antarabangsa dan diiktiraf dunia seperti dalam sektor elektrikal dan elektronik, peralatan perubatan dan industri ero-angkasa," kata Lim dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya lagi, tindakan seperti itu akan mengakibatkan pembuatan berteknologi tinggi menurun dan meningkatkan kebergantungan kepada komoditi sebagai bahagian eksport Malaysia.

Bank Dunia sebelum ni menjangkakan ekonomi Malaysia berkembang pada kadar 5.1 peratus pada 2013 dan 2014, dan kebergantungan berlebihan kepada komoditi seperti minyak mentah, gas asli, getah dan kelapa sawit yang kini mengalami kejatuhan harga, berbanding pembuatan telah memberikan tekanan terhadap kadar pembangunan bagi negara pengeksport komoditi seperti Malaysia.

"Maka wujud keperluan untuk mempercepatkan reformasi struktural bagi memastikan kerencaman dan kedinamikan ekonomi negara," kata Ketua Menteri Pulau Pinang itu lagi.
Lim turut mengambil contoh berat sebelah yang diamalkan BN di negeri yang diperintah mereka, seperti di Johor apabila hanya mereka yang bekerja di Wilayah Ekonomi Iskandar diberikan kadar cukai peribadi sebanyak 15 peratus, namun tidak di negeri-negeri lain.

"Dasar seperti membenarkan hanya mereka yang bekerja di Wilayah Iskandar menikmati kadar cukai peribadi pada kadar rata 15 peratus adalah suatu tindakan diskriminasi dan sepatutnya di perluaskan ke seluruh negara.
Beliau turut mengambil contoh tindakan kerajan Melaka yang menutup pusat kegiatan perniagaan malam Jonker Walk sebagai balasan kerana kekalahan banyak kerusi dalam pilihan raya yang menurutnya tidak mencerminkan pembuatan dasar yang bertanggungjawab dan pembinaan negara-bangsa.

Lim turut menegaskan di samping peningkatan hutang negara yang menakutkan daripada RM266 billion pada hujung 2007 kepada RM502 billion pada akhir 2012, kegagalan menyatukan rakyat dan serta mendiskriminasi warga Malaysia hanya akan memburukkan ekonomi negara yang sedia sarat dengan korupsi termasuk kadar aliran keluar wang negara per kapita tertinggi di dunia.

"Sebagaimana yang dinasihatkan oleh Bank Dunia, bagi mencapai matlamatnya menjadi negara berpendapatan tinggi, Malaysia harus terus menggilap bakat dan membina institusi yang menyokong kerencaman ke arah pelaburan dengan pulangan tinggi melalui peningkatan modal insan," kata Lim. - 26 Jun, 2013.
The Malaysia Insider
Read More..

Minggu, 24 November 2013

Kata Kata Gombal Cinta paling Romantis

Kata Kata Gombal Cinta paling Romantis. Seneng gak sih kalau diberi Kata Kata Gombal Cinta paling Romantis? Nah lucu unik aneh akan bagikan Kata Kata Gombal Cinta paling Romantis yang bisa dijadikan inspirasi bagi anda untuk membuat kata gombal yang romantis. Berikut Kata Kata Gombal Cinta paling Romantis

Kata Kata Gombal Cinta paling RomantisKata Kata Gombal Cinta paling Romantis

Kamu itu seharusnya jadi penyanyi, soalnya setiap km bertutur kata saja, ak sudah menyimpannya dalam kepingan hatiku.
kalo setan gentayangannya pas malam jumat, kalo km pasti gentayangangin ak setiap hari bahkan sampai tidurku.
kita memang cuma bertemu sekali, tetapi yakinlah pertemuan tersebut takkan menghapus namamu di pikiranku selamanya.
Justru karena kita itu punya banyak perbedaan, semakin dilihat kita semakin cocok untuk saling melengkapi.
Ini lampu merah di jalan lama banget, coba km yg jadi lampu merahnya ak rela dech berhenti selamanya nungguin km.
Tanda tanganmu memang keren, tetapi lebih keren lagi kalo km membubuhkannya pada buku nikahku.
Sekarang ak tau kenapa bumi itu bulat ? karena sejauh apapun kau belari pasti kau akan temukan cintaku.
Jika artis-artis selalu dikabarkan terlibat cinta segitiga, kalo cintaku ke km seperti lingkaran ga akan terputus oleh apapun.
Kalo ak disuruh jadi supir angkot, pasti ak ngetemnya di hati km terus-terusan ga mau dipindahin kemanapun.
Kalo sudah di dekat km ak itu pengen hentikan waktu, soalnya rasanya kalo setiap di dekatmu waktu cepat berlalu.
Kamu itu seperti hari libur selalu kukangenin sama seperti hari dimana ak selalu ingin bersamamu.
Katanya dunia itu luas, coba dech kalo jadi ak, semua yg terlihat dimataku jadi sempit, kemanapun ak melangkah yg ada cm km di pikiranku.
Kamu itu seperti berlian, makanya untuk menemukanmu ak harus mengali hatimu sampai yg terdalam.
Jika mencintaimu sama dengan hujan, mungkin seluruh bumi ini sudah tenggelam karena ga sanggup menampung cintaku.
Siapa yg bilang, kalo gempa itu yg paling hebat getarannya, terbukti lirikan matamu lebih dahsyat, sanggup mengetarkan hatiku.
Aku mau belajar hukum akh, agar ak bisa memenjarakan km, krn km sudah mengkorupsi seluruh perhatianku.

Itulah Kumpulan Kata Kata Gombal Cinta Terbaru yang pastinya akan sangat bermanfaat jika anda memanfaatkannya. Memang bisa dibilang kalau Kata Kata Gombal ini lebih menunjukkan ke perhatian yang lebih ke pasangan. Namun saran kami adalah hati-hati dalam menggunakan Kata Kata Gombal ini, karena akibatnya bisa fatal jika digunakan sembarang.

Read More..