Minggu, 16 Maret 2014

Nenek Tipu Orang Sampai Muflis


Nenek Tipu Orang Sampai Muflis
KOTA BHARU : Umurnya sudah mencecah 61 tahun dan perwatakannya lembut serta meyakinkan, namun itu semua hanya topeng untuk memperdaya ramai ahli perniagaan di seluruh Malaysia menyebabkan dia kini diburu polis selepas disyaki terbabit dalam penipuan pelaburan bernilai lebih RM10 juta.
Dikesan aktif melakukan penipuan sejak beberapa tahun lalu, wanita itu yang dikenali sebagai Ramalah Mohd Nor, 61, dipercayai menipu sekurang-kurangnya 10 individu dan ada di antara mangsanya kerugian sehingga RM2 juta.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kelantan, Superintendan Mohamed Zulmazi Che Daud berkata, suspek dikenal pasti aktif menipu golongan profesional untuk melabur dalam sektor hartanah sehingga ada mangsanya diisytiharkan muflis selepas rumah atau tanah yang mereka cagar tergadai.
“Kami mendedahkan gambar suspek yang kini diburu selepas terbabit dalam kes penipuan lebih RM10 juta. Orang ramai yang mengenali suspek boleh menghubungi Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di talian 09-7455622,” katanya di sini, semalam. – Metro
Read More..

Jumat, 14 Maret 2014

17 Maut Silinder Gas Dalam Bas Sekolah Meletup

Bas Sekolah Meletup

ISLAMABAD – Polis Pakistan berkata, satu tabung gas dalam sebuah bas sekolah meletup menyebabkan sekurang-kurangnya 17 kanak-kanak terbunuh di timur negara itu, hari ini.
Pegawai Polis Mohammed Rasheed berkata, tujuh kanak-kanak juga dilaporkan cedera dalam kejadian yang berlaku di pinggir bandar Gujrat itu.
Beliau berkata, ketika kejadian kanak-kanak berkenaan dalam perjalanan ke sekolah.
Gujrat terletak kira-kira 200 kilometer di tenggara ibu negara Islamabad. – AP
Read More..

Kamis, 13 Maret 2014

DAP sokong Anwar kekal sebagai ketua pembangkang kata Kit Siang

TERKINI @ 06:09:15 PM 06-05-2013
Oleh Md Izwan

May 06, 2013
Penasihat DAP Lim Kit Siang mencadangkan Anwar sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen. - Gambar failKUALA LUMPUR, 6 Mei — DAP mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) di Parlimen selepas berakhir pilihan raya ke-13 semalam yang menyaksikan kerajaan Barisan Nasional (BN) sekali lagi berjaya memerintah kerajaan persekutuan.

Dalam sidang media di ibu pejabat DAP di sini, Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata cadangan itu dibuat bagi mengulangi pendirian mereka sebelum ini yang menyokong Anwar sebagai perdana menteri Malaysia jika menang pilihan raya.
“Sebelum ini, Pakatan Rakyat sudah menyatakan pendirian untuk melantik beliau sebagai perdana menteri jika memenangi pilihan raya umum.
“Tapi perkara tersebut tidak berlaku, oleh sedemikian keputusan mencadangkan Anwar sebagai ketua pembangkang adalah sama seperti komitmen yang lalu,” kata Lim.
Namun, Anwar sebelum ini telah menyatakan hasratnya untuk bersara selepas pilihan raya kali ini tetapi Lim menegaskan ia bukan satu masalah selagi ketua umum PKR tersebut masih belum membuat keputusan rasmi.
“Mengenai Anwar akan bersara itu, kami akan bincangkan.

“Mungkin anda perlu tanya sendiri kepada Anwar,” tambah Lim lagi.
Lim juga berkata, keputusan dalam beberapa pilihan raya boleh dicabar dan mendakwa berlaku penipuan pada pilihan raya yang diadakan semalam.

“Pakatan Rakyat akan tumpukan di kawasan ini di mana penipuan berlaku dan akan mengambil langkah yang perlu untuk menegakkan ketelusan proses pilihan raya,” kata Lim yang baru memenangi kerusi parlimen Gelang Patah.

Sementara itu, setiausaha organisasi DAP Anthony Loke menyatakan kerusi parti tersebut yang gagal dipertahankan seperti Bentong, Cameron Highlands dan Labis hanya dibezakan kurang daripada 400 majoriti undi.
“Banyak kerusi ini tidak menyediakan Borang 14,” kata Loke semasa sidang media sama, merujuk kepada borang yang perlu disediakan di setiap saluran mengundi kepada agen-agen pengiraan untuk merekodkan jumlah pengundi.

Awal hari ini, Anwar berkata akan mendapatkan sokongan orang ramai untuk memberi tekanan kepada kerajaan BN yang baru dipilih, serta menambah pilihan raya kali ini adalah “penipuan yang paling teruk dalam sejarah” bagi mengekalkan penguasaan kerajaan tersebut di pusat.

Pemerhati pilihan raya Bersih 2.0 juga berkata mereka tidak akan mengiktiraf kerajaan BN sehingga selesai laporan penipuan undi.
BN memenangi pilihan raya umum ke-13 dengan majoriti yang lebih kecil, kehilangan tujuh kerusi parlimen kepada PR, selain gagal merampas Selangor dan Pulau Pinang, kedua-dua negeri yang paling kaya dan maju di Malaysia.

BN memenangi 133 kerusi Parlimen manakala PR pula memenangi 89 kerusi, ia juga menunjukkan penambahan ketara bilangan kerusi negeri daripada 197 pada 2008 kepada 230 selepas berakhir pilihan raya semalam.

Lim juga berkata hari ini PR berjaya memenangi undi popular.
“Ia adalah tsunami rakyat Malaysia dan bukan tsunami kaum Cina,” kata Lim, menolak kenyataan semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengaitkan keputusan pilihan raya kali ini dengan perpindahan undi masyarakat Cina kepada BN.

“Di kebanyakkan bahagian dalam negara, Pakatan memenangi kerusi di kawasan-kawasan yang sebelum ini dianggap sebagai kubu kuat BN dan menurunkan banyak calon gergasi BN di kawasan majoriti Melayu,” katanya dengan merujuk kepada kerusi-kerusi seperti di Parlimen Kuala Terengganu, Alor Setar, Lumut dan Sepang.

BN tewas teruk di kebanyakkan kawasan bandar-bandar utama dari George Town, Ipoh, Kuala Lumpur, Seremban, Melaka dan bandar-bandar besar di Johor, dimana ia bukti golongan kelas pertengahan dan bandar merupakan kumpulan yang prihatin dengan isu-isu seperti rasuah, kos saran hidup naik dan jenayah.

Ketua publisiti DAP, Tony Pua yang turut hadir pada sidang media sama menegaskan pencapaian PR di Selangor khususnya kawasan separuh bandar telah dimenangi tinjauan “peningkatan yang kuat dikalangan masyarakat Melayu”.
Read More..

Rabu, 12 Maret 2014

Tandas Lutsinar 7 Gambar



Ada berani!

Bebarapa hari yang lalu aku paparkan tandas diatas lift shaft. Ianya tandas yang pasti memerlukan anda serius sepanjang masa ketika menyahtinja. Hari ini mari kita lihat sebuah tandas yang juga memerlukan anda untuk serius berani untuk menggunakannya. Dinding tanas rekaan OLOOM Design ini dibina menggunakan panel LCD. Apabila diaktifkan dinding yang pada awalnya lutsinar menjadi legap dan anda boleh mengunakannya dengan selesa. Bila tidak digunakan ia akan kembali semula menjadi lutsinar. Oh dan jangan risau. Jika bekalan eletrik terputus dinding tandas in akan kekal legap kerana ianya hanya menjadi lutsinar apabila ada arus melaluinya. Dont worry. No accidental public nudity




Read More..

Selasa, 11 Maret 2014

Hal hal Penting yang Harus Ada di Sinetron Indonesia


Pada suatu hari, kami lagi iseng nonton infotainment. Disitu lagi bahas gaji-gaji artis sinetron. Wow! Ente melongo dengernya! Gaji mereka buat satu episode aja lebih dari gaji Ente setahun+bonus+THR+Lembur. Ente pun langsung berpikiran masuk ke dunia entertain(ment) dengan menjadi artis. Tapi keinginan itu langsung sirna ketika Ente papasan sama kaca. "Nggak usah mimpi deh !" kata Ente dalem hati.
Terus Ente pun iseng, nonton sinetron yang tadi dibahas sama infotainment. Disitu Ente lihat, selain nama-nama pemain, ada juga nama produser dan pembuat sinetron tersebut. "Nah ini dia!" pikir Ente. Mungkin Ente nggak bisa jadi pemainnya, tapi pasti Ente bisa jadi pembuat sinetron. Yang main aja dibayarnya segitu, gimana yang buat. Ente pun mengeluarkan secarik kertas dan bolpen, dan mulai mencoba untuk menulis. Tapi Ente bingung, mulainya dari mana. Nah kali ini MBDC hadir untuk memberikan pengetahuan penting tentang apa-apa saja yang harus ada di sebuah sinetron, untuk Ente-Ente para calon penulis/produser/sutradara sinetron di masa depan. Ayo disimak !

1. Judul yang Catchy

Judul harus catchy supaya para calon penonton bakal tertarik buat nonton sinetron Ente. Judul bisa berupa :
Sebuah Kata + Imbuhan
Contoh: Tersanjung, Terpikat.
Ente bisa bikin: Tenggelam atau Tersungkur
Nama dari Si Tokoh Utama 
Contoh: Intan, Nikita, Olivia.
Ente bisa bikin : Laquisha (tokoh utama cewe ghetto), atau Kehleyr (Tokoh utama cewe Klingon). Ini bisa di improvisasi dgn menambahkan Cinta sebelum nama tokoh utama, seperti Cinta Fitri, Cinta Bunga, dan Cinta Nia.
Kalimat yang Merupakan Tema Sinetron Tersebut
Contoh : Putri yang Ditukar, Bunga di tepi jalan.
Ente bisa bikin : Rumput yang bergoyang atau Cincin yang nggak muat.
Ungkapan Bahasa Gaul
Contoh: Sumpah Gue Sayang Elo, Patah hati? Capek Dech.
Ente bisa bikin : Pacar lo buat gue aja ya, Ciyn! atau Aduh bok, kolor gw nyangkut nih ga asik benjedh deyh! Selain dari 4 itu, masih banyak nama-nama unik lain yang bisa Ente gunakan. Bebaskan imajinasimu, jangan biarkan kreativitasmu terkekang !

2. Peran Protagonis

Pemeran protagonis adalah tokoh-tokoh utama dari cerita Ente. Mereka harus terdiri dari
Tokoh Utama Diutamakan Seorang Cewek 
Dia harus cantik, rambutnya panjang, umurnya antara 18-24Jangan yang ketuaan. Tokoh utama ini nanti disesuaikan sama judul sinetron Ente. Cari yang punya kemampuan menangis dan menye-menye kelas dunia, soalnya kebanyakan tokoh utama sinetron kan ceritanya idupnya menderita. Tokoh utama ini selalu terlihat sehat, sampai nanti tiba-tiba di tengah-tengah season 5, dia di diagnosa dengan penyankit leukimia. Atau kanker apa gitu deh yang keren. Abis itu tiba-tiba dia jadi lemah dan tak berdaya.
Love Interest dari Si Tokoh Utama
Yaitu cowok yang sepantaran atau lebih tua sedikit. Ganteng, tinggi, gede, sporty, mobilnya BMW convertible dan diutamakan yang mukanya Indo. Kalo mau pake yang pribumi juga boleh, tapi penonton kan biasanya lebih suka yang indo-indo gitu.
Sahabat si Tokoh Utama
Ini bebas lah, biasanya cewek. Perannya adalah temen senasib sepenanggungan. Kalo si tokoh utama lagi apes, biasanya dia juga kena walaupun tingkat keapesannya nggak sama. Cowok juga boleh kalo Ente mau buat cerita semacam romantic comedy yg si cewe ngejar cowo idolanya, nggak dapet, terus sadar ternyata dia cinta sama sahabat cowonya. Standar lah.
Tokoh Banci
Ini juga nggak kalah penting. Si banci ini berperan sebagai comic relief yang omongannya nyinyir. Makin ngeselin si banci, makin bagus. Keempat tokoh diatas musti jadi inti dari geng protagonis. Boleh ditambahin beberapa orang, misalnya si tokoh utama sahabatnya ada 2, terus si love interest juga punya sohib/bro-nya dia.

3. Peran Antagonis

Buat apa ada jagoan kalo nggak ada musuhnya? Fungsi dari peran-peran antagonis ini adalah menghalang-halangi para protagonis untuk mencapai tujuannya, membuat hidup mereka sengsara, dan yang paling penting adalah : Menciptakan Drama. Kalo nggak ada drama, mana bisa dijual sinetronnya. Peran-peran antagonis biasanya berbentuk :
Bos Antagonis
Tokoh ini adalah tokoh penjahat utama. Biasanya dia mengambil wujud sebagai seorang Ibu Tiri. Sungguh tipikal ya? Tapi memang ibu tiri selalu terkenal jahat, dari jaman Cinderella, Hansel dan Gretel sampai ke Bidadari. Terus, ini tugasnya ngapain? Ya berbuat jahat aja gitu, bikin susah hidupnya si tokoh utama and the gang dengan berbagai cara.
Antagonis VP
Ini adalah wakil dari si Bos Antagonis. Kalo bosnya ibu tiri, VP-nya biasanya si anak kandungnya. Tugasnya nggak beda jauh dari si bos, membuat hidup tokoh utama susah dan menderita, tapi level jahatnya masih dibawah si bos. Contohnya, kalo si anaknya mungkin cuma naro kecoa di dalem tasnya tokoh utama, si ibu tiri nyembunyiin buaya dibawah tempat tidur tokoh utama, dengan harapan tokoh utama dimakan hidup-hidup.
Kroco 
Mereka ini para pengikut setia dari aliran antagonis. Mereka adalah anak buah Bos dan Tangan kanannya yang patuh dan setia. Biasanya mereka mengambil wujud sebagai pembantu atau temen-temennya si tangan kanan. Mereka sebenernya bodoh, soalnya mereka biasanya cuma ngikutin perintah doang. Itu pun suka salah-salah, dan akhirnya malah jadi senjata makan tuan. Kalo di film Power Rangers, ini pasukan bertopeng anak buahnya Lord Zedd yg sekali gebuk kalah, tapi tetep aja setiap episode muncul. Sebagai seorang pembuat sinetron, Ente harus kreatif. Ente nggak boleh terkekang sama peraturan yang udah ada. Coba Ente eksperimen, misalnya bos antagonis-nya ada 2, Ibu tiri sama Ibu kos yang galak gitu. Wuih pasti drama banget tuh.

4. Peran-peran Tambahan



Ini standart polisi preman
Mereka ini adalah peran-peran yang perlu ada dalam cerita, tapi munculnya kadang-kadang aja kalau diperluin. Seperti Tuxedo Bertopeng di Sailormoon atau Ikki Phoenix di Saint Saiya
Pelindung
Tokoh pelindung ini biasanya memiliki otoritas dan pengaruh paling besar dalam lingkungan kehidupan si tokoh utama. Bahkan para peran antagonis pun segan dan tunduk sama dia. Cuma sayangnya, si Pelindung ini biasanya sibuk (entah ngapain), jadi nggak bisa tiap hari ada buat ngelindungin si tokoh utama. Contoh perannya adalah bapak kandung dari si tokoh utama, tapi sering dinas keluar kota. Biasanya dia akan muncul di saat-saat genting, dimana si tokoh utama sepertinya udah nggak bakal selamat lagi.
Tokoh Spiritual 
Tokoh spiritual ini juga munculnya kadang-kadang aja, tugasnya adalah memberikan wejangan, nasihat dan kadang-kadang menjadi tempat mengadu untuk si tokoh utama. Misalnya si tokoh utama abis dicambuk sama bos antagonis. Terus tokoh utama pun kabur dan nangis ditengah jalan. Abis itu dia ketemu sama tokoh spiritual yang mengajarkan dia untuk sabar, dan semua pasti ada balasannya. Terus si tokoh utama disuruh berdoa pake voice-over di ruangan gelap yang tengah-tengahnya ada spotlight sambil nangis-nangis.
Polisi / Dokter
Tak jarang dalam sinetron ada kemunculan 2 tokoh ini. Polisi biasanya muncul abis si peran antagonis melakukan tindakan ilegal dan mau kabur. Sang polisi pun dengan ekspresi yang (kurang) meyakinkan, akan teriak "BERHENTI !" tapi si antagonis masih lari. Setelah itu, karena tak ada pilihan lain, sang polisi pun mengambil pistolnya dan menembakkannya entah ke arah mana. Karena pelurunya ajaib, pasti si antagonis bakal kena tembak di kakinya, lalu digiring ke penjara. Kalo dokter biasanya muncul buat menyampaikan kabar buruk, tentunya dengan ekspresi yang (kurang) meyakinkan. Dokter akan muncul kalo operasinya nggak bertinjauan/ada yang kena kanker/penyakitnya udah nggak ketolong lagi. Dialognya pasti dimulai dengan "Kami sudah berusaha sekuat tenaga…"
Pemeran Utama Baru
Tidak jarang, cerita sinetron mengharuskan si tokoh utama untuk mengubah penampilannya secara drastis. Mungkin karena kecelakaan atau disiram air keras sama bos antagonis, wajah tokoh utama harus di operasi plastik, sehingga wajahnya berubah total. Kebanyakan artis sinetron nggak mau di operasi sampe wajahnya berubah total, untuk mensiasati hal ini, Ente perlu pemeran utama baru untuk menggantikan pemeran utama yang lama.
Udah ah segitu dulu. Masih pengen lagi? Sabar dong. Lanjut lagi minggu depan ya.
Read More..

Senin, 10 Maret 2014

Kesilapan Teknikal Kanak Kanak Dihidang Dengan Rancangan Playboy December 2nd 2012 09 30 PM by Syira 18


Kesilapan Teknikal, Kanak Kanak Dihidang Dengan Rancangan Playboy
Kesilapan Teknikal, Kanak-Kanak Dihidang Dengan Rancangan Playboy - WASHINGTON  : Kanak-kanak yang menonton program televisyen di North Carolina bukan sahaja tidak dapat menyaksikan program kartun kegemaran mereka tetapi disaji dengan program yang tidak senonoh.
Semua itu berlaku apabila stesen televisyen kabel tersilap menyiarkan saluran Playboy itu selama dua jam.
Berikutan kesilapan teknikal itu, sesetengah program untuk golongan dewasa telah diubah kepada rangkaian program kanak-kanak.
Kesilapan itu, yang berlaku dari pukul 6.15 pagi hingga 8.15 pagi waktu tempatan Selasa lalu telah memaparkan rancangan untuk golongan dewasa dengan wanita separuh bogel beraksi dan bercakap lucah dalam program Kids on Demand dan Preschool on Demand secara tidak sengaja, lapor media tempatan.
“Justeru itu, kami memohon maaf,” kata Timbalan Presiden Bahagian Perhubungan Awam Time Warner Cable, Alex Dudley kepada AFP, semalam. – paapaada.blogspot
Read More..

Minggu, 09 Maret 2014

Fakri Saarani SAH milik Kelantan


‎"Ahmad Fakry Saarani penyerang Kebangsaan yang kini sedang beraksi bersama kelab Athletico SC di Portugal disahkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan TRW

"Semua rundingan antara KAFA/ATHLETICO/FAKRY telah selesai kelmarin dan kontrak yang bermula April ini telah disempurnakan memlalui wakil kedua-dua pihak di Portugal.

"Kehadiran Fakry akan memperkasakan lagi jentera serangan TRW yang kini turut memiliki Dimi Petratos dan Dickson Nwakaeme. Fakry dijangka pulang ke tanahair Mac ini sebaik saja tamat Liga di Portugal"

"THIS IS KOTA BHARU!!! WELLCOME HOME FAKRY. Fakry adalah anak kelahiran Kota Bharu...IC 03!!"

Tan Sri Hj Annuar Musa, 25 Februari 2013
Read More..

Sabtu, 08 Maret 2014

Ruby The Heart Stealer Jadi Tumpuan

Ruby The Heart Stealer

Itali – Bekas Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi menafikan beliau telah menganjurkan parti seks dan melakukan hubungan seks dengan seorang pelacur berusia 17 tahun dari Magribi, Karima al-Mahroug, yang juga dikenali sebagai “Ruby the Heart Stealer.”
Penafian berkenaan dibuat dalam perbicaraan ke atasnya kerana didakwa menyalah gunakan kuasa sebagai Perdana Menteri dengan memberikan arahan kepada polis supaya membebaskan gadis berkenaan yang dituduh mencuri pada bulan Mei, 2010.
“Saya tidak mempunyai hubungan intim dengan dia,’’ katanya dalam penampilan kali kedua di mahkamah.
Berlusconi, yang meletak jawatan tahun lalu memaklumkan dia menyangka gadis berkenaan berusia 24 tahun.
“Saya boleh nyatakan dengan jelas, tidak ada hubungan seks berlaku malam itu.
“Selain kakitangan saya, anak-anak saya juga berada di situ untuk bertemu saya,’’ kata jutawan berkenaan yang mempunyai lima anak tinjauan perkahwinan sebanyak dua kali.
Namun semua perkahwinan berkenaan berakhir dengan perceraian akibat sifat kasanovanya.
Dalam pada itu, salah seorang daripada saksi perbicaraan itu memaklumkan, gadis berkenaan telah dibayar untuk menghadiri parti berkenaan dan diberikan bonus jika mengadakan hubungan intim dengan Berlusconi.
Jelas saksi berkenaan, `Ruby the Heart Stealer’ hadir pada parti berkenaan dengan memakai pakaian paderi sebelum berbogel untuk Berlusconi.
Saksi yang lain pula memaklumkan gadis itu memakai kostum penyanyi pop Whitney Houston dan Presiden Barack Obama sebelum berbogel.
Bagaimanapun bekas Perdana Menteri itu menyifatkan keterangan tersebut bertujuan menjatuhkannya dan satu pencerobohan dalam kehidupan peribadinya.
“Kami hanya makan malam dan saya mendapat perhatian apabila saya menyanyi, bercerita mengenai sukan dan politik serta bergosip.
“Saya tidak pernah membuat bayaran untuk menjalinkan hubungan intim dengan tetamu wanita saya dan mereka juga bukannya pelacur,’’ katanya.
Hukuman kerana mengadakan hubungan seks dengan pelacur bawah umur adalah penjara maksimum tiga tahun manakala bagi kesalahan menyalahguna kuasa pula, ia membawa hukuman penjara 12 tahun.
Read More..

Jumat, 07 Maret 2014

Sopir Bawa Keliling ABG lalu Diperkosa


GUNUNG SUGIH - Petualangan nafsu Najab (34), warga Kampung Kutowinangun Kecamatan Kalirejo, Lampung Tengah, menggagahi ABG berusia 14 tahun akhirnya terhenti setelah dicokok aparat Polsek Kalirejo.

Pria yang sehari-harinya bekerja sebagai sopir ini digelandang petugas setelah diduga mencabuli Mawar (bukan nama sebenarnya), warga Kampung Sendang Agung, Kecamatan Sendang Agung, Jumat (15/3/2013) lalu.

Kejadian bermula, ketika Najab bertemu dengan korban, yang memang saling mengenal karena sering menumpang mobil yang dikemudikannya, Minggu (10/3/2013) lalu. Namun, kala itu pelaku tengah mengendarai sepeda motor.

“Entah bagaimana ceritanya, Mawar ini kemudian bersedia diajak pelaku naik motor. Karena enggak merasa curiga dengan pelaku,” kata Kasubag Humas Polres Lampung Tengah Ajun Komisaris Indriyanto, Minggu (17/3/2013).

Setelah korban naik motor pelaku, Mawar dibawa mutar-mutar wilayah Kalirejo hingga akhirnya berhenti di sebuah rumah. Ternyata, di rumah tersebut telah menunggu seorang rekan tersangka yang hingga kini masih dalam daftar pencarian orang (DPO).

Sesampainya di dalam rumah, kedua tesangka langsung dengan secara paksa melampiaskan nafsu bejatnya kepada Mawar secara bergantian. “Nah, habis diperkosa, kedua pelaku ini meninggalkan korbannya begitu saja,” kata Indriyanto.

Hingga akhirnya, Mawar pulang sendiri ke rumah. Sesampainya di rumah, kedua orang tua korban langsung menginterogasi korban karena menaruh curiga pulang hingga larut malam. Kepada orang tua, Mawar menceritakan kejadian naas tersebut.

Indriyanto menjelaskan, St, selaku orangtua Mawar langsung melapor kejadian yang menimpa putrinya ke Polsek Kalirejo. Petugas langsung melakukan pengembangan penyelidikan hingga menangkap Najab pada Kamis (14/3/2013) lalu.

Aparat juga menyita celana dalam dan bra korban sebagai barang bukti (BB). Atas perbuatannya, Najab dibidik Pasal 81 dan 82 Undang-Undang Nomor 23 Tahun 2009, tentang Perlindungan Anak dengan ancaman hukuman 15 tahun penjara
Read More..

Kamis, 06 Maret 2014

Brad Pitt Hadiah Jam RM1 25j Kepada Angelina


Brad Pitt Hadiah Jam RM1.25j Kepada Angelina
LOS ANGELES : Brad Pitt membelanjakan RM1.25 juta untuk membeli satu daripada jam paling mahal di dunia sebagai hadiah perkahwinan untuk tunangnya, Angelina Jolie.
Bintang Fight Club itu membeli jam mewah itu, ‘Patek Philippe Minute Repeater’ meskipun biasanya terdapat senarai menunggu selama dua tahun.
Jam yang ditempah khas itu diperbuat daripada emas, permukaannya daripada mutiara dan mengambil masa dua bulan untuk membuatnya. Setiap satu jam berkenaan diperiksa oleh seorang anggota keluarga Stern yang ‘memiliki Patek Philippe’ di ibu pejabat syarikat itu di Geneva, Switzerland.
Satu sumber berkata: “Pitt mengambil keputusan untuk membeli satu daripada jam menakjubkan itu selepas bertemu dengan keluarga Stern di satu pesta jam di Basel.
“Dia mahu membelikannya untuk Angelina satu hadiah yang unik yang hanya segelintir orang memilikinya, seperti satu tinjauan seni dan jam canggih itu amat sesuai.
“Ia mengtinjauankan bunyi seperti Big Ben dan dibuat dengan tangan. “Pitt pergi ke Geneva untuk mengambilnya dan dia dipercayai akan menghadiahkannya kepada Angelina sebagai hadiah pra-perkahwinan.” Brad, 48, bertunang dengan Angelina, 37, April lalu.
Mereka akan berkahwin di kediaman mereka di Perancis. Ketika ini, pasangan berkenaan menetap di Surrey, England, bersama-sama enam anak mereka. – TS
Read More..

Rabu, 05 Maret 2014

Jual ubat seks di tapak ceramah


Ahmad Razin (kanan) menunjukkan beberapa ubat dan alat perangsang seks yang berjaya dirampas pegawai penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Kelantan.

KOTA BHARU - Menggunakan helah bagi mendekati masyarakat di kawasan yang menjadi tumpuan ramai, peniaga ubat perangsang seks sanggup menjual barangan itu di sekitar kawasan gerai berhampiran tapak Kuliah Pagi di Dataran Ilmu, di sini, bagi meraih keuntungan.

Walaupun pernah ditahan dan dikenakan kompaun akibat tindakan mereka itu, peniaga barangan ini masih tidak serik dan melakukan aktiviti jualan ubat berkenaan di kawasan terbabit, ekoran permintaan di pasaran yang amat menggalakkan.

Atas risikan dan maklumat orang awam, tindakan lelaki berusia 50-an itu, berjaya ditumpaskan dalam serbuan yang dilakukan sepasukan Pegawai Penguat kuasa Farmasi Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar raya Islam (MPKB-BRI), di kawasan tersebut.

Dalam operasi itu, mereka berjaya merampas 11 ubat rangsangan seks pelbagai jenis yang bernilai RM6,330.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Maher berkata, serbuan dilakukan di kaki lima di sekitar kawasan kuliah berkenaan, dan semasa serbuan dilakukan peniaga itu sedang aktif menjalankan aktiviti jual beli.

“Kami bertindak tegas terhadap mana-mana peniaga yang masih degil dan tetap menjalankan perniagaan ini yang mengundang imej buruk kepada negeri Kelantan.

“Ia merupakan satu kesalahan di bawah peraturan 7 (1) (a) Peraturan Kawalan dadah dan Kosmetik 1984 dan kesalahan boleh dihukum di bawah seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM 25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-dua sekali,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di sini semalam.

Ahmad Razin berkata, mereka yang terbabit dalam kegiatan itu juga boleh didakwa atas kesalahan memiliki racun berjadual yang mengandungi Sildenafil tanpa memiliki lesen yang sah dikeluarkan oleh Akta Racun 1952 (Disemak 1989) iaitu menyalahi Seksyen 13(a) Akta Racun 1952 (Disemak 1989) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 32 (2) akta yang sama, dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM 5,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.
Read More..

Selasa, 04 Maret 2014

Wartawan Tempuh Pengalaman Mendebarkan Terserempak Pengganas Bersenjata

Wartawan Terserempak Pengganas Bersenjata


LAHAD DATU – Sekumpulan wartawan dan jurugambar menempuh pengalaman mendebarkan apabila terserempak anggota militan bersenjata ketika membuat tinjauan di Kampung Tanjung Labian, Felda Sahabat dekat sini, hari ini.
Lebih mencemaskan, lapan wartawan dari pelbagai syarikat media itu “dipaksa” berlari bersama penduduk yang secara tiba-tiba keluar dari tempat persembunyian dan bertempiaran meninggalkan kampung itu.
Kejadian pada kira-kira 10 pagi itu membabitkan wartawan dan jurugambar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), jurugambar The Star, New Straits Times serta jurukamera dan pemberita Bernama TV dan Al-Hijrah.
Mengimbas kembali, wartawan BERNAMA, Mohd Hisham Abdul Rafar, berkata pada mulanya beliau bersama rakan media mendapati perkampungan yang dikelilingi ladang kelapa sawit itu lengang dan suram.
Malah, mereka yang tiba dengan menaiki kenderaan pacuan empat roda dan Proton Saga juga menggambarkan penempatan itu seolah-olah “kampung berhantu” kerana rumah-rumah tiada berpenghuni serta tidak berkunci dengan binatang ternakan berkeliaran.
“Seperti biasa, kami menjalankan tugas mencari berita dan merakam keadaan kampung.
Tiba-tiba sekumpulan penduduk termasuk kanak-kanak bergegas keluar dari beberapa penjuru kampung, seolah-olah lari dari sesuatu.
“Terkejut dengan keadaan itu, kami menahan seorang daripada mereka bagi bertanyakan apa yang berlaku dan dimaklumkan mereka bertindak demikian setelah mendengar empat das tembakan dilepaskan dari dalam kawasan itu,” katanya.
Menyedari keadaan itu boleh mengancam keselamatan, Mohd Hisham yang sebelum ini pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Pakistan segera beredar dari lokasi itu bersama rakan media lain.
Jurufoto The Star, Normimie Diun, 38, berkata situasi bertambah genting apabila beliau yang ketika itu berada di dalam kenderaan terlihat sosok seorang lelaki berpakaian serba hitam yang memegang senjata berdiri berhampiran sebatang pohon kelapa sawit, kira-kira enam meter dari kedudukan mereka.
Cemas dengan keadaan itu, beliau dan rakan-rakan terus menundukkan kepala dan pemandu terus memecut meninggalkan kawasan itu.
Dalam pada itu katanya, beliau masih sempat menjerit mengingatkan rakan-rakan supaya tidak merakamkan gambar kerana khuatir lelaki itu bertindak ganas.
“Saya sempat menjenguk keluar dan terlihat lelaki itu terus duduk dan berselindung di sebalik pokok berkenaan. Saya masih terperanjat, namun bersyukur penceroboh itu tidak melepaskan tembakan,” katanya.
Normimie berkata, dalam perjalanan pulang mereka kemudiannya berselisih dengan beberapa kenderaan polis yang menuju ke kampung berkenaan.
Kesemua kumpulan wartawan itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan tiba dengan selamat di Felda Sahabat 16, kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.
Pasukan keselamatan melancarkan Op Daulat di kawasan sekitar Lahad Datu berikutan insiden pencerobohan oleh kumpulan militan bersenjata dari Selatan Filipina yang berlarutan sejak 12 Februari lalu. – BERNAMA
Read More..

Senin, 03 Maret 2014

SPR kata tidak akan sekat tempoh berkempen Baguih la kalau betul

Wartawan Sinar Harian
27 Oktober 2012
Abdul Aziz Mohd Yusof
Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof
SHAH ALAM - Setiap calon dan parti yang bertanding diingatkan agar menggunakan sebaik mungkin tempoh masa berkempen yang ditetapkan untuk mengelak sebarang rasa tidak puas hati peraturan yang akan dikuatkuasakan dengan ketat kelak, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Katanya, tiada alasan untuk mana-mana parti untuk terus berkempen selepas jam 12 malam hari terakhir tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) kelak termasuk menggunakan media sosial.

"Perkara ini sudah lama dikuatkuasakan, dan jika semua parti politik dan calon yang bertanding faham akan undang-undang, isu ini tidak akan timbul," kata beliau.

"Larangan untuk tidak berkempen seperti ceramah dan sebagainya termasuklah juga berkempen melalui media sosial," kata Abdul Aziz kepada Sinar Harian Online.

Malah, beliau turut menangkis dakwaan sesetengah pihak menuduh SPR sebagai badan yang menyekat hak kebebasan bersuara para pengundi dan juga calon yang bakal bertanding pada PRU-13.

"Sebenarnya SPR tidak menyekat mereka ini untuk berkempen, kami hanya menguatkuasakan undang-undang yang telah menetapkan bahawa tiada sebarang kempen atau wujudnya peraih undi ketika proses pembuangan undi dijalankan," katanya.

Beliu turut menyelar beberapa parti politik yang masih berdegil untuk mengikut undang - undang yang telah ditetapkan.

"Pernah berlaku sebelum ini, masih ada lagi peraih undi ketika di pusat pembuangan undi... kenapa perlu lakukan sedemikan?

"Biarlah para pengundi menentukanya dan biarlah mereka mengundi dengan tenang tanpa ada sebarang kekacauan mahupun ganguan," katanya lagi.

"Tidak akan timbul sebarang masalah jika semua parti politik mematuhi peraturan yang ditetapkan," tambah Abdul Aziz.

Katanya lagi, parti politik sepatutnya tidak menunggu saat - saat akhir untuk berkempen, malah tempoh yang digunakan sepatutnya dimanfaat sebaik mungkin.

"Tempoh yang diberikan, mereka bebas untuk berkempen... tidak kira melalui media sosial, melalui lapangan iaitu berceramah dan datang dari rumah ke rumah... kenapa nak juga gunakan masa selepas 12 tengah malam untuk berkempen?" kata Abdul Aziz lagi.

"Tetapi untuk berceramah, mereka seharusnya mendapatkan kelulusan daripada Ketua Polis Daerah masing- masing bagi mengelakkan pertembungan dengan parti lain," katanya lagi.

Menurut beliau, SPR akan berusaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada semua parti politik yang bertanding serta mahu memuaskan hati mereka supaya mereka tidak dianggap berat sebelah.

"Kami akan sedaya upaya memberikan yang terbaik, fair to all pada hari pembuangan undi nanti," ujar beliau.

Menjawab soalan tentang kaedah memantau media sosial yang bakal diperkenalkan, Abdul Aziz berkata, "Kiita akan berbincang dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dalam masa yang terdekat."
Read More..

Minggu, 02 Maret 2014

BR1M Mungkin Diberi DUA KALI Tahun Depan Jumlah Lebih RM500

SEGERA: BR1M Mungkin Diberi DUA KALI Tahun Depan, Jumlah Lebih RM500

Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
Beliau berkata selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.
Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 25 Oktober ini.
“Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di Perak hari ini.
Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.
Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.
“Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti,” katanya.
Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan tahun lepas.
Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250. – Bernama

Read More..

Sabtu, 01 Maret 2014

Wajib Tonton Klip Video Shila Amzah Menangis…Sedihnya…

shila amzah sedih


Sebelum apa-apa, penulis nak mintak kepada keluarga Shila i.e ND Lala dan Sharnaaz Ahmad, kaorang tolonglah pergi selesaikan masalah ini cepat.
Tengoklah muka Shila Amzah dalam klip ni…
Penulis risau kalau budak ni buat sesuatu yang diluar dugaan…
Sesiapa pun janganlah kutuk dia lagi ok….dia dah cukup tertekan tu…
Bukan semua orag boleh urus soal hati dan cinta dengan tenang.
Berjurai air mata budak ni….
Klip ini baru dimuat naik…selama 4.14 saat. 
Bermula dengan Shila mohon maaf dan diikuti dengan lagu filem Ombak Rindu.
Read More..