Senin, 23 Desember 2013
Sasha Saidin Nafi Bercinta Dengan Awi Rafael

Penyanyi Sasha Saidin menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan penyanyi kelahiran Singapura, Awi Rafael seperti yang dilaporkan sebuah portal hiburan, baru-baru ini.
Menerusi portal Ohbulan hari ini, Sasha menjelaskan, “saya dengan Awi cuma kawan biasa. Pertama kali jumpa dia pun dekat sebuah majlis amal pada bulan puasa hari itu. Lagipun majlis tersebut turut dihadiri oleh rakan-rakan artis yang lain.
“Sebenarnya dia ada minta tolong saya untuk cari empat orang penyanyi wantia sebab dia nak tubuhkan sebuah girl band. Memandangkan sebelum ini saya pernah ada pengalaman dengan kumpulan Elite, jadi dia minta saya untuk jadi mentor kumpulan tersebut,” katanya.
Namun, Sasha menegaskan dirina tidak pernah keluar berdua dengan Awi buat setakat ini sebaliknya keluar beramai-ramai atas dasar kerja.
“Tapi kalau kami nak keluar berdua pun rasanya tak salah sebab kami masing-masing single,” tambahnya lagi.
Rasanya kalau kedua-dua selebriti ini bercinta pun tak ada salahnya, yela masing-masing dah kembali solo kan.
Awi sebelum ini pernah menjalinkan cinta dengan pelakon cantik Hanez Suraya namun hubungan mereka tidak berpanjangan kerana kedua-duanya mahu memberikan sepenuh fokus terhadap karier seni masing-masing.
Oleh: AUDREY LEE
Related Posts : awi,
bercinta,
dengan,
nafi,
rafael,
saidin,
sasha
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar